Pages

Monday 30 July 2012

Rahsia Penceramah No 1 Malaysia (10)

HJ.KOSHIM MALIM 
BIDAS!!! 
DATO' FADZILAH KAMSAH & 
MOTIVATOR-MOTIVATOR MALAYSIA???


Tajuk : "Tinggalkan Dato' Fadzilah Kamsah" oleh Hj. Khoshim Malim (Kelab Pidato Perdana)

Antara intipati yang terdapat dalam video :

     "Hari ini , saya dengar di radio dan televisyen , saranan-saranan yang diberikan oleh Dato' Fadzilah Kamsah (pakar motivasi) dan selalunya mereka ini (Dato' Fadzilah Kamsah adalah merupakan salah seorang dari motivator ini). 
      Saya tidaklah anti kepada Dato' Fadzilah Kamsah TETAPI apa yang saya nak komen ialah apabila beliau memberi nasihat terlalu banyak perkara yang hendak diamalkan. Contoh : 'Terdapat 16 cara untuk menjadi suami yang baik.' Terlalu banyak yang perlu diterima dan diamalkan.
      Jadi saranan saya pada malam ini ialah 'KITA TINGGALKAN DATO' FADZILAH KAMSAH,
MARI IKUT CARA SAYA' yang bersandarkan kepada saranan Nabi" Ucapan Hj Khoshim Malim -minit 1.05- dalam video diatas


          "Pakar-pakar motivasi yang terdapat pada hari ini di negara kita sebagai contoh Dato' Fadzilah Kamsah tanpa ada prejudis terhadapnya, selalu cuba menggariskan amalan yang terlalu banyak sehinggakan membuat kita rasa agak susah untuk meresap dan mengamalkan"  Ucapan pada -minit 7.06-


Siapakah gerangan Khoshim Malim ni?
Hebat benor! Dia suruh tinggalkan Dato' Fadzilah Kamsah dan kemudian ikut cara dia. 
Nak title 'Penceramah No 1 Malaysia' ke?? kui.. kui.. kui..

*la la la la... 'sailang' abes brother... No Komen... Lek lu ... 'Pelan-pelan kayuh'

Friday 27 July 2012

Kenapa Diam Wahai Pembenci Uncleseekers???

Kenapa Diam Wahai Pembenci Uncleseekers???

    Sepanjang Uncleseekers masuk "dalam" haritu, macam-macam aku tengok gelagat orang yang 'baca' tanpa menggunakan mata dan akal sebaik kejadian. Hanya tahu menuduh tanpa menilai dan memperhalus. Lumrah manusia mengadili untuk kepentingan diri sendiri dan bukan yang ditimbang sama rata. Yang mana jawapan bukan memenangkan diri sendiri pasti kita akan menolaknya. Ape-apelah. Tapi sekarang ramai yang dah gunakan akal fikiran dan tidak zalim padanya. Sendiri nilailah!!!

Ni yang antara aku perhati tengok :

Alahai...Ceriter lapok gile bai...





        Aku tengok-tengok jugak la si admin facebook ni ada update ke tak. Tapi lepas Uncleseekers dah keluar , kenapa senyap bro! Telurmu mengecut ke? Kalau rasa diri betul, kenapa tak teruskan entry dan canggahlah betul-betul dengan bukti sikit. 




Bab seterusnya ni aku nak tanya pendapat uncleseekers sikit :


Kepercayaan Uncleseekers Merosakkan Aqidah

"Komen Abu Aqif: Dah nama pun makhluk ghaib, macam mana dia boleh nampak..??


Kot ya pun nak cari makan, carilah dengan cara yang halal. Benda macam ni bukan sahaja tidak halal, malah ia boleh merosakkan aqidah umat Islam yang lain. Orang macam ni memudahkan kerja syaitan. Dengan bantuan dia, kerja menyesatkan dan merosakkan aqidah umat Islam jadi lebih mudah. Dah nama pun makhluk ghaib, macam mana dia boleh nampak..?? Sangat menghairan bila orang biasa macam depa ni boleh nampak makhluk ghaib. 


Ni nak tanya, orang kena siksa dalam kubur tu nampak tak..?? cuba cerita sikit kot² boleh nampak sekali ke..? Perkara ghaib juga tu.. Pendek kata orang yang nampak makhluk ghaib ni adalah PENIPU atau dia dah kena tipu dgn makhluk ghaib tu semua. "


Sumber ni aku dapat di Abu Aqif (klik). Abu Aqif ni memang terkenal dengan tukang laga-laga orang. Dulu laga-lagakan Ustaz Azhar Idrus, dan cakap UAI sesat.. huhu..


Uncle, mintak tolong komen sikit bro..(tu pun kalau sudilah)hehe..




Dalam kes yang berbeza :


Kepada pengampu-pengampu Dato' F.. Tolonglah jangan bakar line aku. Aku dah malas sebenarnya. aku dah rasa bosan cerita hal-hal dia. Tapi 'mungkin' disebabkan pengampu-pengampu @ penjilat tegar yang otak bukan pada tempatnya yang buat panas line, aku akan menyambung kisah-kisah berkenaan satu masa nanti. Mr. S tolonglah hentikan menghantar komen-komen yang mengampu pihak berkenaan yer. Terima kasih. Menyampah Dol!

   

Thursday 26 July 2012

Uncleseekers-V2 Kembali???

Uncleseekers-V2 Kembali???




         Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti apa khabar dari Uncleseekers selepas penahanan beliau selama 10hari. Mendiamkan diri hampir 2 minggu selepas beliau bebas dari tahanan. Dan kini tampil dengan blog baru Uncleseekers Version 2 kesinambungan dari blog lama Uncleseekers. Dengan penampilan baru yang kacak la jugak kot.hahaha..

       Tapi yang penting masih berpegang kepada "seek the truth". Menunjukkan dia masih belum serik atas apa yang terjadi. Hati betul-betul kering la. Semoga Allah merahmati kamu. Menulis kerana benar kan Uncleseekers?

        
         "Blog Uncleseekers Dah Kembali Aktif !Apa yang peminat Uncleseekers nantikan, kini telah tiba !Uncleseekers bakal menceritakan kisah & pengalaman beliau dari Hari Penangkapannya Pengalaman Di Lokap&Setelah Keluar Lokap Uncleseekers bercuti di Johor Bharu selama 10 hari dan check out pada 14 Julai 2012.

Kita nantikan bersama

Ekclusif untuk tatapan Anda semua.

Juga nantikan pendedahan SIAPA sebenarnya KAMAL HISHAM?"

Sumber : Zelmy (klik)

        

Sunday 13 May 2012

Blog Uncleseeker Kene Hack???!!!!

Blog Uncleseeker Kene Hack???!!!!



          Pagi tadi, ada member aku anta mesej kat aku. Dia cakap blog uncleseekers kene hack. Aku pun bukak la untuk dapat kepastian. aku bukak la, pastu keluar la macam picture kat atas tuh.           

           Blog Uncleseekers dah kene hack la.. Kes naye bro. Mungkin sebab ramai yang tak puas ati sebab takut jadi mangsa seterusnya. Kan uncleseekers banyak serang orang tak kira sape..

          Apa pun aku harap uncleseekers ok dan blog dia ni dapat diteruskan dan dapat diselesaikan segala problem ni.  

          


Monday 23 April 2012

Wajah Sebenar AididMuaddib? Siapa Aidid Muaddib?

Wajah Sebenar AididMuaddib? Siapa Aidid Muaddib???

                Selepas entry pertama aku tentang aidid muaddib, aku pun tengok-tengoklah blog yang lain-lain untuk aku ketahui sebenarnya apa yang dah berlaku pada aidid muaddib. Tak lama lepas tuh aku pun jumpa la satu blog ni iknowhoyouaidid.

               Dalam ni ada la beberapa pos yang khusus tentang aidid. Blog ni menggunakan bahasa Sanskrit Inggeris Kuno.kui..kui.. Walaupun aku tak fasih bi,tapi aku taw orang yang tulis blog ni dapat gred C subject Bahasa Inggeris dalam exam SPM.huh.. wat de.............

Dalam blog tuh bagitaw ni la wajah aidid muaddib.Betul ke???

            Aku pun tak taw la betul ke tak ni muka aidid atau tak. Kalau ada sapa-sapa yang tahu jawapannya,tolonglah bagitaw jawapan sebenarnya. Kalau betul,habislah bro. Semoga saudara aidid dirahmati.

            Tapi banyak benda yang musykil dalam entry blog orang tu. Samada orang ni hanya hentam semberono je atau orang ni dah kene 'game' dengan orang yang kononnya hantar email kat dia yang sekaligus memberi gambar seperti diatas.

            Antara yang memusykilkan aku ialah : 

Dalam entry pertamanya dia kenalkan diri dia sebagai Mohd Fadly Ramly,pekerjaan sebagai doktor di klinik persendirian dia dan bla bla bla bla bla.............

Entry pertama dia.
     
          Tak lama lepas tuh. Dalam entry terbarunya dia mengatakan bahawa nama sebenar aidid muaddib ialah Mohd Fadly Ramly. So, sapa sebenarnya Mohd Fadly Ramly ni???

Entry terbaru

            Serabut mamat ni. Sapa sebenarnya Mohd Fadly Ramly ni pun kita tak tau. Gila. Dalam entry pertama dia kenalkan diri dia sebagai Mohd Fadly Ramly. Pastu dalam entry terbarunya, dia bagitaw nama sebenar aidid muaddib ni ialah Mohd Fadly Ramly. Nama dia dengan si aidid muaddib ni sama ke ape.. ape da tambi!!! Lidah berbelit mamat ni.

           Untuk mamat yang menulis blog tuh,kalau nak sangat menulis dalam bi, sila berkunjung ke learnrealenglish. Mana la tau dapat membantu saudara yang teringin sangat nak bercakap omputih. BTW, martabatkan Bahasa Melayu.







              

Aduhai !!! Aidid Muaddib !!!

Aduhai !!! Aidid Muaddib !!!

             Aduhai. Lamanya aku tak menulis dan mencari kebencian orang :) Sibuk bangat dong! Tadi ada la masa sikit nak meninjau blog sendiri dan blog-blog kegemaranku. Antaranya Uncleseekers yang bermacam-macam isu yang lebih hangat dari biasa dalam misi beraninya mencari penyangak-penyangak Malaysia. (sampai masanya kita ngeteh sama bro).

             Dah selesai aku menelaah blog Uncleseekers, aku pun bukak la blog aidid muaddib yang penuh dengan informasi yang menentang sekejam-kejamnya MLM Malayu kita ni. Tapi yang hairannya aku dah tak dapat bukak blog tuh. Apa dah jadi!!

Apa dah jadi dengan blog Aidid ni???

                Aduhai. Kenapa blog aidid ni dah remove? Macam-macam kemungkinan. Antara sebab yang munasabah ialah aidid ni sendiri yang remove kerana mungkin identiti sudah hampir terbongkar. Sebab yang lain, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia) yang delete atas sebab menerima aduan berunsur fitnah yang melibatkan syarikat atau kerana aidid sendiri telah mengkritik Skim Saraan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan.

              Sebenarnya blog ni banyak info yang boleh dijadikan rujukan sebelum seseorang Melayu nak join MLM Skim Piramid yang dah banyak kene kencing dan dah banyak rugi untuk menjadikan orang-orang atasan mereka kaya. 

              Selain tu, aidid ni pun banyak membongkar kegiatan doktor palsu atau diberi gelaran oleh si aidid ni dengan gelaran Dr. Mickey Mouse. Ramai jugak yang dia bongkarkan. Antaranya Dr. Azizan Osman yang sangat dikenali oleh rakyat Malaysia dengan Marketing Powernya. 


        Kalau korang semua nak tau, bila si aidid muaddib ni bongkar tentang penipuan dia sebagai Dr. Mickey Mouse , dia terus tutup website yang ada menceritakan tentang latar belakang pendidikan dia. Cemas jugak Dr. Azizan ni dibuatnya.ISh3. phD. in Metafizik ye Dr. Kui...kui...kui....

         Apa pun yang terjadi pada Aidid Muaddib , aku harap dia dan keluarga serta anak dia yang 8 orang tuh sentiasa ok dan sentiasa dirahmati.  

       

Monday 19 March 2012

Hampir Mati Akibat Overdose Dadah Di Sepang

Hampir Mati Overdose Dadah!!!

Saling kita mengingati antara saudara.

Dadah : Akal

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang.

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-Nya, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu dituntun.

Akal membentuk budi, membentuk kebudayan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.


Dadah : Harta

Kekayaan menjahanamkan si bodoh, merosakkan si pandai.

Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia.

Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa. Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa. Ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir.


Wahai Dadah : Manusia


Kalau kita tidak mencari sesuatu, kita tidak dapat menemui sesuatu.


Jika nasihat orang gila itu bagus, orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya.


Kalau engkau disuruh pilih, tentu engkau memilih.


Berkisar dan berpaling dari kenyataan kerana hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.




Kalau kamu tua , beri nasihat. Jika kamu muda, terimalah nasihat.


Luahan Hati Cinta Teragung


Luahan Cinta Paling Agung di Malaysia


Sedih gila la beb bila tengok.
Tahap sedih maksima mengalahkan 'Ombak Rindu'.
Kalau korang semua tak percaya, tengok la sendiri...;)


          Memang power la video nih. Tak cukup segulung tisu tandas aku pakai untuk lap airmata bagi menahan kesedihan;(  Feel dia tak tahan betul. Memang tangkap leleh punya.

           Aku tak tau la dia berlakon atau realiti. Kalau real , memang cinta teragung la. Tapi kalau berlakon je, good job.lakonan sukses..hahahahaha



Monday 5 March 2012

Testimoni Auralife (1)

Minyak Wangi Dapat Merawat Mata Yang Sudah 4 Tahun Tak Dapat Melihat 
(wat de hell)

Saudara saya calonkan 10 manusia terhebat atas planet Pluto.

Dengar pada minit 0.50, perkataan yang digunakan "mendetect" 
(itulah akibat bila konon-konon nak cakap omputih) shit!!!

              Nama beliau adalah En. Arbaan. Aku tak pernah mengenali siapa beliau. Tapi dia yang memperkenalkan dirinya sebagai En. Arbaan. Untuk mengenali lebih lanjut atau ada mana-mana awekzzz yang dahagakan belaian kasih sayang serta mahu berkenalan dengan saudara yang kacak ini sila hubungi En. Arbaan di talian 013-4806423(talian hanya akan dilayan diwaktu khamis malam jumaat)

                  Lepas aku dengar kata-kata dia, rasa macam nak beli pun ada. Dengan dia-dia aku rasa nak beli. Dasyat gile le cara dia meniaga. Mana-mana syarikat yang perlukan jurujual , tak lain dan tak bukan, beliau la calon yang paling sesuai. Saya boleh beri jaminan 90% nilai jualan syarikat anda akan meningkat.


              Cara dia bercakap, dia merawat pesakit dia, seolah-olah dia ni seorang pakar mata. Patutnya kita bagi gelaran Doktor pada dia. Dr. Arbaan. Barulah ramai datang berubat dengan dia. Tak percaya, lu orang dengar tengoklah sendiri video kat atas tuh. 


               Sinopsis untuk cerita diatas, mamat ni dah rawat seorang pesakit dia yang tak boleh melihat selama 4tahun.Pesakit tu dah pergi berjumpa dengan ramai doktor tapi masih tak sembuh. Dia merawat dengan menggunakan minyak wangi auralife. Dia letak minyak wangi kat mata, pastu dipendekkan cerita selepas dua kali rawatan, pesakit pun dapat melihat semula.Dia juga mengatakan bahawa minyak wangi untuk disapu pada mata kanan adalah berbeza dengan mata sebelah kiri, wat de hell. Hebatkan???????


                Disini aku ingin menegaskan pada doktor-doktor yang dah belajar bertahun-tahun , baca buku tebal-tebal , perah otak untuk belajar bab kedoktoran , dan kerja menjadi doktor pakar mata, eloklah doktor-doktor mata sekalian meletak jawatan beramai-beramai dan datang menuntut ilmu dengan DR. ARBAAN ni.     


                Selain itu, kepada doktor-doktor terdahulu yang mencipta ubat mata , kerja anda. kajian yang anda lakukan selama ini adalah sia-sia kerana sekarang pada TAHUN 2011-2012 telah tercipta Minyak Wangi yang mampu merawat penyakit-penyakit kronik. 


                Dan kepada seluruh hospital dan klinik di Malaysia, sila buang ubat penyakit mata yang ada dalam simpanan kerana ubat itu semua adalah tidak bermanfaat. Hubungilah DR. ARBAAN ditalian yang tertera diatas untuk mendapatkan ubat iaitu minyak wangi terhebat di planet Pluto yang mampu merawat penyakit kronik mata. Tapi pastikan anda membeli dua jenis minyak wangi kerana minyak wangi berbeza mengikut mata sebelah kanan dan kiri. 


                 Kalau kita pergi ke klinik atau hospital kerana sakit mata, tak pernah bahagian farmasi bagi ubat untuk mata sebelah kiri sebotol, pastu ubat untuk mata sebelah kanan sebotol. Yang dia ni boleh cakap minyak wangi untuk mata kiri dan kanan adalah berbeza. Apa dia anggap bangsa Melayu ni 'lembu' ke yang ada otak tapi takleh berfikir???? Senang-senang je dia nak tipu, dan nak kencing kepala 'bangsa' dia sendiri.


               Nak tak nak kita telah dikurniakan otak sebaik-baik kejadian, terpulang pada diri masing-masing untuk menggerakkannya atau tidak.  

Che'gu ke Cikalak???

Che'gu ke Cikalak???

Che'gu Man  yang poyo...

Dulu mereka gelakkan saya.
Sekarang saya gelak besar dengan mereka. hahaha

             Hahahahahaha.. Itu sajalah reaksi aku tengok video ni kat youtube. Memang tabik spring la kat mamat ni. Walaupun poyo tapi memang gentle tahap gila khinzir la. Dalam seribu, ada sorang je yang berani buat macam dia ni. Nama mamat ni Luqman bin Khalid. Pastu dia letak nama kat youtube Che'gu Man. 

             Entah betul tidak la dia ni Che'gu ataupun dia yang reka gelaran tu sendiri ataupun mungkin juga masa dia umur 5tahun dulu dia bercita-cita nak jadi che'gu tapi tak kesampaian. Pastu dia pun letak la kat youtube supaya orang panggil dia dengan gelaran tuh. Macam-macam kemungkinan. kui..kui...

             Walaupun aku enjoy dan gelak sampai terkentut-kentut , tapi kalau betul la saudara Man ni Che'gu, hentikanlah. Malu kat anak-anak murid. Baik fokus didik anak bangsa dari memalukan diri macam ni. Baik dapat anugerah che'gu terbaik kat sekolah dari dapat anugerah yang memalukan diri untuk jadi popular. Takleh bla...huhuhu..

              Banyak pulak masa dia ni nak wat video-video macam ni. Lagi satu yang aku terpikir. Sapa la mamat yang tukang rakam video dia ni. Mesti rakam sambil terkencing. Mana boleh tahan bro. Pakai kostum macam tuh, pastu duduk berjalan tepi pantai lagi, gi taman bunga lagi, huh....penat nak gelak bro. 

              Lebih baik guna masa lapang tuh untuk buat tuisyen ke, join pengakap ke, PBSM ke , atau join la aktiviti ping pong kat sekolah ke daripada buat kerja-kerja macam ni. Buat tuisyen dapat jugak duit tepi. Lagi mulia dari hodohkan diri, untuk buat orang gelak. Atau kata busuknya " MEMBUAT ORANG GELAK DENGAN KEBODOHAN DIRI " sory..

              Tahniah kepada Che'gu Man yang dah bersusah payah dan bertungkus lumus untuk menyiapkan video yang lahabau ni dan kredit pada kamera Man. Teringin nak tengok muka kameraman. Nanti senang-senang masuklah sekali dalam video.hahaha.. 

             Lagi satu, kalau ada nampak longkang besar ke, gaung ke, perigi ke. terjunlah dalam tuh. Buat video klip dalam tuh ok bro..

Friday 2 March 2012

Lu Ada Dara Lu Kolot! Lu Yang Cakap Lagi Kolot!

Lu Ada Dara Lu Kolot!
 Lu Yang Cakap Lagi Kolot!

Budak Poyo Yang Bakal Terjun Longkang Berhampiran Rumahnya Tidak Lama Lagi!!!kui..kui..


Biodata Kanak-kanak ini :
Nama : Fatin Athira Md Fadzil
Umur : 18

                   Perhatian kepada Fatin Athira. Perlukah anda untuk bagitahu pada semua orang, pada seluruh masyarakat yang anda masih mempunyai dara. Takde otak ke. Tak malu ke. Bagitaw soal dalaman dan maruah kepada seluruh masyarakat. Inilah keterbukaan yang menunjukkan otak takde beza dengan kaki. 


                 Yang tak tahan, siap ada orang sokong lagi dia berani untuk mengaku secara terbuka bagitau ada dara. Sapa la orang yang berfikir guna kaki sama macam kanak-kanak ini. Aduhai... Hentikanlah. Bila dah dewasa nanti, tak cukup kain nak tutup muka. Tak cukup tanah nak lari..


Wahai En. Md Fadzil, kasihanilah anak anda ini. 

Wednesday 8 February 2012

Dr. Azizan???

Sapa tak kenal mamat ni,sila angkat tangan.

                Sudah pasti semua kenal dengan makhluk ni. Mau tidak, dalam suratkhabar muka dia, dalam tv muka dia ni, bukak malaysia hari ini ada dia, buka buletin utama pun ada dia , dengar radio pun ada dia, bukak nasi lemak kopi 'o' pun ada dia. Memang glamour gile le mamat ni. Tak lama lagi mungkin makhluk di planet Marikh dan Pluto pun akan kenal makhluk ni. Murah rezeki kau. Amin.

               Tapi seperti kebiasaannya , wang adalah jauh lebih penting dari segala-galanya. Agama dan hukum Islam dibelakangkan demi meraih keuntungan wang ringgit untuk kegunaan dunia semata. Tak cukup dengan Fadzilah Kamsah yang cerita rahsia tarih lahir, si mamat ni pun sebok nak kongsi rahsia tarikh lahir.

Rahsia Tarikh Lahir

             Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini di Rahsia Penceramah No 1 (8) berkenaan Hukum Menilai, Meramal Tarikh Lahir dalam hukum Islam rujukan dari ustaz dan para ulamak Islam. Dan ternyatalah hukumnya adalah haram dan syirik. Anda boleh lihat ulasan ustaz di Hukum Menilai , Meramal Tarikh Lahir.

Ribuan orang menyertai program ini.

              Tahukah kita bahawa hukum bagi yang mengajar , menyampaikan berkenaan ramalan dan menilai tarikh lahir adalah haram dan syirik. Dan tahukah kita hukum bagi yang datang untuk mendengar perkara ini juga adalah haram. Namun ribuan masyarakat kita membanjiri dan menghadiri kursus Rahsia Tarikh Lahir ini walaupun Islam tidak membenarkan.

              Persoalannya, iklan diwar-warkan , dihebahkan dan diserakkan melalui semua laluan media. Boleh dikatakan seluruh Malaysia mengetahuinya. Majoriti rakyat Malaysia adalah Islam. Tapi semua berdiam diri dan tidak berkata apa-apa walaupun tahu perkara ini adalah perkara syirik dan haram sama sekali dalam Islam.

               Membiarkan perkara syirik berleluasa dihadapan mata kita. Malah lebih teruk sanggup berhabis duit membayar demi menyertai kursus yang telah jelas dihuraikan oleh pakar ilmuan agama kita bahawa perkara ini adalah SYIRIK. Kerana wang, agama dibelakangkan. 

               Untuk rujukan semua dengan lebih jelas, sekali lagi saya post video ulasan dari ustaz dan pakar ilmuan Islam kita. Lihatlah untuk mengetahui kebenaran.

  
Rahsia Tarikh Lahir


Rahsia Tarikh Lahir : Teori Karut Dari Pakar Motivasi


Kaedah Percaya Benda Ghaib (ada menyentuh isu mempercayai rahsia tarikh lahir)


Ulasan Mengenai Rahsia Tarikh Lahir


             

Mencari Kebenaran???

Mencari Kebenaran???

Sesuatu yang benar belum tentu baik dan boleh diterima.
Sesuatu yang baik belum tentu benar.
Yang berjalan tepat pada garisan belum tentu sampai ke tujuan.
Garisan menuju Tuhan tidak harus lurus jika memang Tuhan telah membengkokkan.
Percaya itu baik, yakin itu tepat, tapi fanatik sempit sebaiknya jangan.....

Menjadi seorang yang dihormati kerana kehebatannya namun hatinya sama sekali tidak sudi menghormati apa yang telah dia lakukan sendiri.

Menjadi hakim yang seharusnya bertindak bijaksana tapi kata hatinya selalu menuntut keadilan pada diri sendiri.


           Berapa orang yang berfikir kenapa gula itu manis? , kenapa cili itu pedas? Juga Berapa orang berfikir kenapa polis menangkap penjenayah , kenapa ada mahkamah untuk mengadili kesalahan ??

            Adakah pihak polis menangkap Khir Toyo kerana ingin menjatuhkan kreadibility  Khir Toyo yang sememangnya sudah NOTHING!!!!????? Jawapannya ialah TIDAK!! Pihak polis tangkap dan hakim menjatuhkan hukuman kerana beliau telah melakukan kesalahan , penyelewengan, penipuan dan sebagainya. Ini semua untuk menegakkan KEBENARAN. 

             Aku mencari dan menulis tentang kebenaran yang hak. Namun ada sesetengah pihak terutamanya yang 'berkepentingan' dan 'fanatik' marah dan tidak suka dengan apa yang aku bongkarkan . Namun aku berterima kasih kepada yang terus menyokong. 

             Inilah kita, sukar untuk menerima perkara yang baru, sukar untuk menerima hakikat kebenaran yang pahit untuk didengar dan diterima. Adakah anda semua 'pengecut' untuk menerima hakikat??? Atau mungkin kerana terlalu fanatik sehinggakan  'bagai lembu dicucuk hidung'???? disuruh makan taik, semua makan taik..disuruh minum kopi,semua minum kopi untuk tambah tenaga. 

              Jangan bersifat ZALIM pada otak yang dikurniakan. Letakkan otak pada tempatnya.
Gunakan otak yang waras dan tidak 'berat sebelah'.. Menilai dengan mendalam. Aku tak akan pernah membiarkan bangsa aku diperbodohkan, ditipu, dikencing oleh orang yang tak bertanggungjawab. 

              Kalau polis tak tangkap penjenayah, penyangak , apa yang akan jadi pada negara ini.Fikirlah!!!.So, jangan suruh polis berhenti tangkap penjenayah. Jangan suruh aku berhenti untuk mencari kebenaran dan menyelamatkan 'sahabat' aku dari ditipu oleh pengkhianat. Aku tidak pernah memaksa anda untuk mempercayai, tapi anda ada otak yang berfungsi untuk menilai dan berfikir.

              Kalau anda salah seorang yang 'pengecut' dan tidak mahu melihat kebenaran, tolong jangan ganggu 'sahabat' lain yang ingin melihat kebenaran. 

             Kalau anda rela bangsa sendiri terus hancing 'dikencing' oleh pihak tertentu, silakan..silakan..silakan........dan SILAKAN Tadah kepala dan mulut anda seperti 'mangkuk jamban'. 


Rahsia Penceramah No.1 Malaysia (9)

Kaitan Fadzilah Kamsah dengan Auralife


              Dalam entry aku sebelum ni di Rahsia Penceramah No1 Malaysia 2 (klik) ada aku menyatakan tentang penipuannya terhadap kopi produk auralife. Dan aku telah menyatakan bahawa beliau 'makan komisen' atas testimoni yang dilakukan untuk kopi auralife yang hebat gila ni.

             Disini ada sedikit pembetulan diatas penyataan aku. Beliau bukan 'makan komisen' sahaja tetapi beliau sebenarnya adalah merupakan salah seorang yang mempunyai share dalam auralife itu sendiri. Jawatan yang diberikan padanya adalah Pakar motivasi & Penasihat ZZ Auralife. Kalau tak percaya anda boleh pergi sendiri ke website Auralife yang ada minyak wangi yang paling hebat dalam dunia ini mengalahkan peneraju minyak wangi antarabangsa seperti giorgio amani, ck , burbery , polo, boss dan sebagainya.

             Sekarang barulah aku faham kenapa dia mesti membohong bahawa dia minum kopi dan mengatakan bahawa anakya di universiti turut minum kopi hebat gila babi tuh. Ini semua kerana untuk melariskan perniagaan dia. Dek kerana wang, tak minum kopi pun boleh cakap menggemarinya. Kawan-kawan anaknya si Syazwan, cuba cek ada tak anak dia bawak kopi tu kat universiti???kui..kui.. Kalau kau Dato' seorang artis giler glamour aku tak kesah ko nak bohong apa pun, tapi disebabkan kau seorang motivator yang sangat dihormati dan berakhlak mulia berlandaskan Islam, tapi kau tetap bohong. Itulah manusia. Wang adalah segala-galanya. 

Testimoni yang sungguh mulia

                     Sudah-sudahlah membohong orang ramai yang menghoramati anda. Tak cukup ke pendapatan dan berpuluh-puluh dan ada ketikanya boleh mencecah ratusan ribu sebulan. Tak payah la ceburi bidang perniagaan pembohong yang lama-lama akan terbongkar secara klinikalnya dan orang akan melihat anda tiada bezanya dengan seorang 'penjual ubat membesarkan kemaluan'. 

               Nak cite pasal auralife gila babi ni banyak lagi penipuan yang langsung tak logik. Bodohnya manusia dan mudahnya bangsa kita ni ditipu secara besar-besaran. Kadang-kadang macam tak ada otak langsung.


Testimoni : Sabun mandi Auralife dapat menyembuhkan penyakit kencing manis,
darah tinggi , jantung dan paru-paru berair.

                  Cuba la guna otak yang dah dianugerahkan ini dengan waras. Bolehkah sabun mandi ini dapat merawat penyakit kronik ini???? Kepala bapak apa tahap penipuan ini.

                Doktor di hospital yang dah sekian lama buat kajian dalam dunia perubatan ini pun terkial-kial mencari ubat dan kaedah rawatan untuk penyakit ini semua, tapi datang satu produk Auralife ni, buat sabun je dapat rawat penyakit-penyakit ni. haram jadah punya penipuan.Banyak lagi yang langsung tak masuk akal. Nanti aku sambung..................

               Adakah aku akan terus membiarkan bangsa aku sendiri ditipu  oleh manusia macam ni??? anda semua tentukanlah jawapannya....


Tuesday 31 January 2012

Rahsia Penceramah No.1 Malaysia (8)

Apakah Hukum Menilai & Meramal Rahsia Bulan Kelahiran ???








                 Seperti yang semua sedia maklum ,jika anda pernah menghadiri kursusnya , dalam ceramahnya Beliau akan menyentuh tentang rahsia tarikh lahir beserta sifat-sifat tarikh lahir tersebut. Ramai yang mengaguminya kerana Beliau dapat melihat sifat-sifat yang ada dalam diri dengan hanya melalui tarikh lahir. Apa yang diramal berdasarkan KAJIAN 25 TAHUNNYA boleh dikatakan  90% ketepatannya dan menyebabkan ramai yang mempercayainya.

                "Melalui kajian 25 tahun saya lakukan" inilah ayat familiar oleh Dato'... masihkah kau ingat wahai Dato' dan wahai sekalian pembaca yang pernah attend kursusnya. Benar???? 


              Walaupun telah ditegur dan diketahui hukumnya oleh Ustaz dan Ulama' , tapi Kenapa sampai ke hari ini Dato' Dr. Hj. M. Fadzilah Kamsah tetap meneruskan penceritaan tentang Rahsia tarikh lahir kepada Ibu Bapa dan juga para pelajar. Adakah ibu bapa membiarkan diri sendiri dan anak-anak anda mendengar perkara yang syirik ini??? 

              Tapi tahukah apa hukumnya anda mendengar , menyampaikan serta menilai@meramal tarikh lahir??????

             Dengarkanlah video Ustaz dengan hati yang waras dan terbuka untuk mengetahui kebenaran dan apa hukumnya kita yang mendengar dan menyampaikan rahsia tarikh lahir.

Ulasan oleh Ustaz Kazim
"hukumnya adalah haram, semua ini pembohong!!"
Minit 3.05 Ustaz cakap tak kira kamu Dato' ke kamu Dr. ke....kui kui kui..


    Ulasan Oleh Dr. Maza 
      "Haram"

Ulasan Oleh Ust. Dr. Zaharuddin 
"Jika Tiada kaitan dalam Al-Quran , Hadis , Fitrah Kejadian Alam" maka ia adalah syirik.

   Tambahan Ulasan Dr. Maza

Renungkanlah dengan hati yang tenang...............