Hampir Mati Overdose Dadah!!!
Saling kita mengingati antara saudara.
Dadah : Akal
Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang.
Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-Nya, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu dituntun.
Akal membentuk budi, membentuk kebudayan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.
Dadah : Harta
Kekayaan menjahanamkan si bodoh, merosakkan si pandai.
Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia.
Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa. Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa. Ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir.
Wahai Dadah : Manusia
Kalau kita tidak mencari sesuatu, kita tidak dapat menemui sesuatu.
Jika nasihat orang gila itu bagus, orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya.
Kalau engkau disuruh pilih, tentu engkau memilih.
Berkisar dan berpaling dari kenyataan kerana hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.
Kalau kamu tua , beri nasihat. Jika kamu muda, terimalah nasihat.