Pages

Monday 23 April 2012

Aduhai !!! Aidid Muaddib !!!

Aduhai !!! Aidid Muaddib !!!

             Aduhai. Lamanya aku tak menulis dan mencari kebencian orang :) Sibuk bangat dong! Tadi ada la masa sikit nak meninjau blog sendiri dan blog-blog kegemaranku. Antaranya Uncleseekers yang bermacam-macam isu yang lebih hangat dari biasa dalam misi beraninya mencari penyangak-penyangak Malaysia. (sampai masanya kita ngeteh sama bro).

             Dah selesai aku menelaah blog Uncleseekers, aku pun bukak la blog aidid muaddib yang penuh dengan informasi yang menentang sekejam-kejamnya MLM Malayu kita ni. Tapi yang hairannya aku dah tak dapat bukak blog tuh. Apa dah jadi!!

Apa dah jadi dengan blog Aidid ni???

                Aduhai. Kenapa blog aidid ni dah remove? Macam-macam kemungkinan. Antara sebab yang munasabah ialah aidid ni sendiri yang remove kerana mungkin identiti sudah hampir terbongkar. Sebab yang lain, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia) yang delete atas sebab menerima aduan berunsur fitnah yang melibatkan syarikat atau kerana aidid sendiri telah mengkritik Skim Saraan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan.

              Sebenarnya blog ni banyak info yang boleh dijadikan rujukan sebelum seseorang Melayu nak join MLM Skim Piramid yang dah banyak kene kencing dan dah banyak rugi untuk menjadikan orang-orang atasan mereka kaya. 

              Selain tu, aidid ni pun banyak membongkar kegiatan doktor palsu atau diberi gelaran oleh si aidid ni dengan gelaran Dr. Mickey Mouse. Ramai jugak yang dia bongkarkan. Antaranya Dr. Azizan Osman yang sangat dikenali oleh rakyat Malaysia dengan Marketing Powernya. 


        Kalau korang semua nak tau, bila si aidid muaddib ni bongkar tentang penipuan dia sebagai Dr. Mickey Mouse , dia terus tutup website yang ada menceritakan tentang latar belakang pendidikan dia. Cemas jugak Dr. Azizan ni dibuatnya.ISh3. phD. in Metafizik ye Dr. Kui...kui...kui....

         Apa pun yang terjadi pada Aidid Muaddib , aku harap dia dan keluarga serta anak dia yang 8 orang tuh sentiasa ok dan sentiasa dirahmati.  

       

No comments:

Post a Comment