Pages

Wednesday 8 February 2012

Dr. Azizan???

Sapa tak kenal mamat ni,sila angkat tangan.

                Sudah pasti semua kenal dengan makhluk ni. Mau tidak, dalam suratkhabar muka dia, dalam tv muka dia ni, bukak malaysia hari ini ada dia, buka buletin utama pun ada dia , dengar radio pun ada dia, bukak nasi lemak kopi 'o' pun ada dia. Memang glamour gile le mamat ni. Tak lama lagi mungkin makhluk di planet Marikh dan Pluto pun akan kenal makhluk ni. Murah rezeki kau. Amin.

               Tapi seperti kebiasaannya , wang adalah jauh lebih penting dari segala-galanya. Agama dan hukum Islam dibelakangkan demi meraih keuntungan wang ringgit untuk kegunaan dunia semata. Tak cukup dengan Fadzilah Kamsah yang cerita rahsia tarih lahir, si mamat ni pun sebok nak kongsi rahsia tarikh lahir.

Rahsia Tarikh Lahir

             Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini di Rahsia Penceramah No 1 (8) berkenaan Hukum Menilai, Meramal Tarikh Lahir dalam hukum Islam rujukan dari ustaz dan para ulamak Islam. Dan ternyatalah hukumnya adalah haram dan syirik. Anda boleh lihat ulasan ustaz di Hukum Menilai , Meramal Tarikh Lahir.

Ribuan orang menyertai program ini.

              Tahukah kita bahawa hukum bagi yang mengajar , menyampaikan berkenaan ramalan dan menilai tarikh lahir adalah haram dan syirik. Dan tahukah kita hukum bagi yang datang untuk mendengar perkara ini juga adalah haram. Namun ribuan masyarakat kita membanjiri dan menghadiri kursus Rahsia Tarikh Lahir ini walaupun Islam tidak membenarkan.

              Persoalannya, iklan diwar-warkan , dihebahkan dan diserakkan melalui semua laluan media. Boleh dikatakan seluruh Malaysia mengetahuinya. Majoriti rakyat Malaysia adalah Islam. Tapi semua berdiam diri dan tidak berkata apa-apa walaupun tahu perkara ini adalah perkara syirik dan haram sama sekali dalam Islam.

               Membiarkan perkara syirik berleluasa dihadapan mata kita. Malah lebih teruk sanggup berhabis duit membayar demi menyertai kursus yang telah jelas dihuraikan oleh pakar ilmuan agama kita bahawa perkara ini adalah SYIRIK. Kerana wang, agama dibelakangkan. 

               Untuk rujukan semua dengan lebih jelas, sekali lagi saya post video ulasan dari ustaz dan pakar ilmuan Islam kita. Lihatlah untuk mengetahui kebenaran.

  
Rahsia Tarikh Lahir


Rahsia Tarikh Lahir : Teori Karut Dari Pakar Motivasi


Kaedah Percaya Benda Ghaib (ada menyentuh isu mempercayai rahsia tarikh lahir)


Ulasan Mengenai Rahsia Tarikh Lahir


             

4 comments:

  1. sedih sebab masih ramai yang tak sedar diperdaya DAO, termasuklah sahabat2 & saudara2 saya :-(

    ReplyDelete
  2. Camner tarikh lahir kt mbentuk sifat kita?

    Klu bnar mknanya prangai ssorang adalh unik spt mna muka @ cap jari @ signture? Btul ker cmtu?

    itu bmkna prangai ssorg x akan brubah smp bila2.

    Klu ssorg tu jhat ia akn jhat slamanya?
    Yg tekanan jiwa akn trus ttekan?
    Klu ssorg tu baik, buatlah apa saja ia ttap x akan marah?
    Klu lah btul cmtu senanglah. Saper2 bleh taken advantage klu dh tau birthday ssorg.

    ReplyDelete
  3. Kalau aku ckp dia jht dia mrh tk?psl muke dia mcm org jht kalau bt 2 jari telunjuk kt dahi cmtu.mesti dia mrh kn?

    ReplyDelete
  4. kenapa dia tak guna "kuasa minda" dia yg hebat tu utk kuruskan badan agaknye?

    ReplyDelete