Pages

Friday, 15 February 2013

Dato' Fadzilah Kamsah Kutuk Pas (1)

Dato' Fadzilah Kamsah Kutuk Pas (1)

Tajuk : Isitilah Doa KO UMNO


Welaweh !!!
Assalamualaikum wbt semua and kepada tok.

Layan dulu video kat atas sambil-sambil hisap rokok letrik korang. (sap kok let rik lu)

Dulu khabar-khabar angin kata Dato' akan jadi calon BN untuk bertanding di Bukit Antarabangsa PRU akan datang. Hanya Allah dan mereka-mereka mengetahui. Tapi semakin hampir dengan PRU ni semakin kuat mereka-mereka mengatakan.

Memang beliau amat dipercayai dan ditaksubi oleh sekalian makhluk seantero Malaysia ni. Tapi dia seorang penceramah motivasi, memang dia seorang yang baik dan mulia tapi belum tentu mampu untuk mengurus dan memimpin dengan baik. ha ha ha !!! gurau je... jangan cemas ye anda-anda yang berkaitan sekalian.

Andailah semua ini betul..   :(   ada butiran episod akan datang...

"Kerana mulut , badan binasa"


Monday, 30 July 2012

Rahsia Penceramah No 1 Malaysia (10)

HJ.KOSHIM MALIM 
BIDAS!!! 
DATO' FADZILAH KAMSAH & 
MOTIVATOR-MOTIVATOR MALAYSIA???


Tajuk : "Tinggalkan Dato' Fadzilah Kamsah" oleh Hj. Khoshim Malim (Kelab Pidato Perdana)

Antara intipati yang terdapat dalam video :

     "Hari ini , saya dengar di radio dan televisyen , saranan-saranan yang diberikan oleh Dato' Fadzilah Kamsah (pakar motivasi) dan selalunya mereka ini (Dato' Fadzilah Kamsah adalah merupakan salah seorang dari motivator ini). 
      Saya tidaklah anti kepada Dato' Fadzilah Kamsah TETAPI apa yang saya nak komen ialah apabila beliau memberi nasihat terlalu banyak perkara yang hendak diamalkan. Contoh : 'Terdapat 16 cara untuk menjadi suami yang baik.' Terlalu banyak yang perlu diterima dan diamalkan.
      Jadi saranan saya pada malam ini ialah 'KITA TINGGALKAN DATO' FADZILAH KAMSAH,
MARI IKUT CARA SAYA' yang bersandarkan kepada saranan Nabi" Ucapan Hj Khoshim Malim -minit 1.05- dalam video diatas


          "Pakar-pakar motivasi yang terdapat pada hari ini di negara kita sebagai contoh Dato' Fadzilah Kamsah tanpa ada prejudis terhadapnya, selalu cuba menggariskan amalan yang terlalu banyak sehinggakan membuat kita rasa agak susah untuk meresap dan mengamalkan"  Ucapan pada -minit 7.06-


Siapakah gerangan Khoshim Malim ni?
Hebat benor! Dia suruh tinggalkan Dato' Fadzilah Kamsah dan kemudian ikut cara dia. 
Nak title 'Penceramah No 1 Malaysia' ke?? kui.. kui.. kui..

*la la la la... 'sailang' abes brother... No Komen... Lek lu ... 'Pelan-pelan kayuh'

Friday, 27 July 2012

Kenapa Diam Wahai Pembenci Uncleseekers???

Kenapa Diam Wahai Pembenci Uncleseekers???

    Sepanjang Uncleseekers masuk "dalam" haritu, macam-macam aku tengok gelagat orang yang 'baca' tanpa menggunakan mata dan akal sebaik kejadian. Hanya tahu menuduh tanpa menilai dan memperhalus. Lumrah manusia mengadili untuk kepentingan diri sendiri dan bukan yang ditimbang sama rata. Yang mana jawapan bukan memenangkan diri sendiri pasti kita akan menolaknya. Ape-apelah. Tapi sekarang ramai yang dah gunakan akal fikiran dan tidak zalim padanya. Sendiri nilailah!!!

Ni yang antara aku perhati tengok :

Alahai...Ceriter lapok gile bai...





        Aku tengok-tengok jugak la si admin facebook ni ada update ke tak. Tapi lepas Uncleseekers dah keluar , kenapa senyap bro! Telurmu mengecut ke? Kalau rasa diri betul, kenapa tak teruskan entry dan canggahlah betul-betul dengan bukti sikit. 




Bab seterusnya ni aku nak tanya pendapat uncleseekers sikit :


Kepercayaan Uncleseekers Merosakkan Aqidah

"Komen Abu Aqif: Dah nama pun makhluk ghaib, macam mana dia boleh nampak..??


Kot ya pun nak cari makan, carilah dengan cara yang halal. Benda macam ni bukan sahaja tidak halal, malah ia boleh merosakkan aqidah umat Islam yang lain. Orang macam ni memudahkan kerja syaitan. Dengan bantuan dia, kerja menyesatkan dan merosakkan aqidah umat Islam jadi lebih mudah. Dah nama pun makhluk ghaib, macam mana dia boleh nampak..?? Sangat menghairan bila orang biasa macam depa ni boleh nampak makhluk ghaib. 


Ni nak tanya, orang kena siksa dalam kubur tu nampak tak..?? cuba cerita sikit kot² boleh nampak sekali ke..? Perkara ghaib juga tu.. Pendek kata orang yang nampak makhluk ghaib ni adalah PENIPU atau dia dah kena tipu dgn makhluk ghaib tu semua. "


Sumber ni aku dapat di Abu Aqif (klik). Abu Aqif ni memang terkenal dengan tukang laga-laga orang. Dulu laga-lagakan Ustaz Azhar Idrus, dan cakap UAI sesat.. huhu..


Uncle, mintak tolong komen sikit bro..(tu pun kalau sudilah)hehe..




Dalam kes yang berbeza :


Kepada pengampu-pengampu Dato' F.. Tolonglah jangan bakar line aku. Aku dah malas sebenarnya. aku dah rasa bosan cerita hal-hal dia. Tapi 'mungkin' disebabkan pengampu-pengampu @ penjilat tegar yang otak bukan pada tempatnya yang buat panas line, aku akan menyambung kisah-kisah berkenaan satu masa nanti. Mr. S tolonglah hentikan menghantar komen-komen yang mengampu pihak berkenaan yer. Terima kasih. Menyampah Dol!

   

Thursday, 26 July 2012

Uncleseekers-V2 Kembali???

Uncleseekers-V2 Kembali???




         Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti apa khabar dari Uncleseekers selepas penahanan beliau selama 10hari. Mendiamkan diri hampir 2 minggu selepas beliau bebas dari tahanan. Dan kini tampil dengan blog baru Uncleseekers Version 2 kesinambungan dari blog lama Uncleseekers. Dengan penampilan baru yang kacak la jugak kot.hahaha..

       Tapi yang penting masih berpegang kepada "seek the truth". Menunjukkan dia masih belum serik atas apa yang terjadi. Hati betul-betul kering la. Semoga Allah merahmati kamu. Menulis kerana benar kan Uncleseekers?

        
         "Blog Uncleseekers Dah Kembali Aktif !Apa yang peminat Uncleseekers nantikan, kini telah tiba !Uncleseekers bakal menceritakan kisah & pengalaman beliau dari Hari Penangkapannya Pengalaman Di Lokap&Setelah Keluar Lokap Uncleseekers bercuti di Johor Bharu selama 10 hari dan check out pada 14 Julai 2012.

Kita nantikan bersama

Ekclusif untuk tatapan Anda semua.

Juga nantikan pendedahan SIAPA sebenarnya KAMAL HISHAM?"

Sumber : Zelmy (klik)

        

Sunday, 13 May 2012

Blog Uncleseeker Kene Hack???!!!!

Blog Uncleseeker Kene Hack???!!!!



          Pagi tadi, ada member aku anta mesej kat aku. Dia cakap blog uncleseekers kene hack. Aku pun bukak la untuk dapat kepastian. aku bukak la, pastu keluar la macam picture kat atas tuh.           

           Blog Uncleseekers dah kene hack la.. Kes naye bro. Mungkin sebab ramai yang tak puas ati sebab takut jadi mangsa seterusnya. Kan uncleseekers banyak serang orang tak kira sape..

          Apa pun aku harap uncleseekers ok dan blog dia ni dapat diteruskan dan dapat diselesaikan segala problem ni.  

          


Monday, 23 April 2012

Wajah Sebenar AididMuaddib? Siapa Aidid Muaddib?

Wajah Sebenar AididMuaddib? Siapa Aidid Muaddib???

                Selepas entry pertama aku tentang aidid muaddib, aku pun tengok-tengoklah blog yang lain-lain untuk aku ketahui sebenarnya apa yang dah berlaku pada aidid muaddib. Tak lama lepas tuh aku pun jumpa la satu blog ni iknowhoyouaidid.

               Dalam ni ada la beberapa pos yang khusus tentang aidid. Blog ni menggunakan bahasa Sanskrit Inggeris Kuno.kui..kui.. Walaupun aku tak fasih bi,tapi aku taw orang yang tulis blog ni dapat gred C subject Bahasa Inggeris dalam exam SPM.huh.. wat de.............

Dalam blog tuh bagitaw ni la wajah aidid muaddib.Betul ke???

            Aku pun tak taw la betul ke tak ni muka aidid atau tak. Kalau ada sapa-sapa yang tahu jawapannya,tolonglah bagitaw jawapan sebenarnya. Kalau betul,habislah bro. Semoga saudara aidid dirahmati.

            Tapi banyak benda yang musykil dalam entry blog orang tu. Samada orang ni hanya hentam semberono je atau orang ni dah kene 'game' dengan orang yang kononnya hantar email kat dia yang sekaligus memberi gambar seperti diatas.

            Antara yang memusykilkan aku ialah : 

Dalam entry pertamanya dia kenalkan diri dia sebagai Mohd Fadly Ramly,pekerjaan sebagai doktor di klinik persendirian dia dan bla bla bla bla bla.............

Entry pertama dia.
     
          Tak lama lepas tuh. Dalam entry terbarunya dia mengatakan bahawa nama sebenar aidid muaddib ialah Mohd Fadly Ramly. So, sapa sebenarnya Mohd Fadly Ramly ni???

Entry terbaru

            Serabut mamat ni. Sapa sebenarnya Mohd Fadly Ramly ni pun kita tak tau. Gila. Dalam entry pertama dia kenalkan diri dia sebagai Mohd Fadly Ramly. Pastu dalam entry terbarunya, dia bagitaw nama sebenar aidid muaddib ni ialah Mohd Fadly Ramly. Nama dia dengan si aidid muaddib ni sama ke ape.. ape da tambi!!! Lidah berbelit mamat ni.

           Untuk mamat yang menulis blog tuh,kalau nak sangat menulis dalam bi, sila berkunjung ke learnrealenglish. Mana la tau dapat membantu saudara yang teringin sangat nak bercakap omputih. BTW, martabatkan Bahasa Melayu.







              

Aduhai !!! Aidid Muaddib !!!

Aduhai !!! Aidid Muaddib !!!

             Aduhai. Lamanya aku tak menulis dan mencari kebencian orang :) Sibuk bangat dong! Tadi ada la masa sikit nak meninjau blog sendiri dan blog-blog kegemaranku. Antaranya Uncleseekers yang bermacam-macam isu yang lebih hangat dari biasa dalam misi beraninya mencari penyangak-penyangak Malaysia. (sampai masanya kita ngeteh sama bro).

             Dah selesai aku menelaah blog Uncleseekers, aku pun bukak la blog aidid muaddib yang penuh dengan informasi yang menentang sekejam-kejamnya MLM Malayu kita ni. Tapi yang hairannya aku dah tak dapat bukak blog tuh. Apa dah jadi!!

Apa dah jadi dengan blog Aidid ni???

                Aduhai. Kenapa blog aidid ni dah remove? Macam-macam kemungkinan. Antara sebab yang munasabah ialah aidid ni sendiri yang remove kerana mungkin identiti sudah hampir terbongkar. Sebab yang lain, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia) yang delete atas sebab menerima aduan berunsur fitnah yang melibatkan syarikat atau kerana aidid sendiri telah mengkritik Skim Saraan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan.

              Sebenarnya blog ni banyak info yang boleh dijadikan rujukan sebelum seseorang Melayu nak join MLM Skim Piramid yang dah banyak kene kencing dan dah banyak rugi untuk menjadikan orang-orang atasan mereka kaya. 

              Selain tu, aidid ni pun banyak membongkar kegiatan doktor palsu atau diberi gelaran oleh si aidid ni dengan gelaran Dr. Mickey Mouse. Ramai jugak yang dia bongkarkan. Antaranya Dr. Azizan Osman yang sangat dikenali oleh rakyat Malaysia dengan Marketing Powernya. 


        Kalau korang semua nak tau, bila si aidid muaddib ni bongkar tentang penipuan dia sebagai Dr. Mickey Mouse , dia terus tutup website yang ada menceritakan tentang latar belakang pendidikan dia. Cemas jugak Dr. Azizan ni dibuatnya.ISh3. phD. in Metafizik ye Dr. Kui...kui...kui....

         Apa pun yang terjadi pada Aidid Muaddib , aku harap dia dan keluarga serta anak dia yang 8 orang tuh sentiasa ok dan sentiasa dirahmati.