Minyak Wangi Dapat Merawat Mata Yang Sudah 4 Tahun Tak Dapat Melihat
(wat de hell)
Saudara saya calonkan 10 manusia terhebat atas planet Pluto.
Dengar pada minit 0.50, perkataan yang digunakan "mendetect"
(itulah akibat bila konon-konon nak cakap omputih) shit!!!
Nama beliau adalah En. Arbaan. Aku tak pernah mengenali siapa beliau. Tapi dia yang memperkenalkan dirinya sebagai En. Arbaan. Untuk mengenali lebih lanjut atau ada mana-mana awekzzz yang dahagakan belaian kasih sayang serta mahu berkenalan dengan saudara yang kacak ini sila hubungi En. Arbaan di talian 013-4806423(talian hanya akan dilayan diwaktu khamis malam jumaat)
Lepas aku dengar kata-kata dia, rasa macam nak beli pun ada. Dengan dia-dia aku rasa nak beli. Dasyat gile le cara dia meniaga. Mana-mana syarikat yang perlukan jurujual , tak lain dan tak bukan, beliau la calon yang paling sesuai. Saya boleh beri jaminan 90% nilai jualan syarikat anda akan meningkat.
Cara dia bercakap, dia merawat pesakit dia, seolah-olah dia ni seorang pakar mata. Patutnya kita bagi gelaran Doktor pada dia. Dr. Arbaan. Barulah ramai datang berubat dengan dia. Tak percaya, lu orang dengar tengoklah sendiri video kat atas tuh.
Sinopsis untuk cerita diatas, mamat ni dah rawat seorang pesakit dia yang tak boleh melihat selama 4tahun.Pesakit tu dah pergi berjumpa dengan ramai doktor tapi masih tak sembuh. Dia merawat dengan menggunakan minyak wangi auralife. Dia letak minyak wangi kat mata, pastu dipendekkan cerita selepas dua kali rawatan, pesakit pun dapat melihat semula.Dia juga mengatakan bahawa minyak wangi untuk disapu pada mata kanan adalah berbeza dengan mata sebelah kiri, wat de hell. Hebatkan???????
Disini aku ingin menegaskan pada doktor-doktor yang dah belajar bertahun-tahun , baca buku tebal-tebal , perah otak untuk belajar bab kedoktoran , dan kerja menjadi doktor pakar mata, eloklah doktor-doktor mata sekalian meletak jawatan beramai-beramai dan datang menuntut ilmu dengan DR. ARBAAN ni.
Selain itu, kepada doktor-doktor terdahulu yang mencipta ubat mata , kerja anda. kajian yang anda lakukan selama ini adalah sia-sia kerana sekarang pada TAHUN 2011-2012 telah tercipta Minyak Wangi yang mampu merawat penyakit-penyakit kronik.
Dan kepada seluruh hospital dan klinik di Malaysia, sila buang ubat penyakit mata yang ada dalam simpanan kerana ubat itu semua adalah tidak bermanfaat. Hubungilah DR. ARBAAN ditalian yang tertera diatas untuk mendapatkan ubat iaitu minyak wangi terhebat di planet Pluto yang mampu merawat penyakit kronik mata. Tapi pastikan anda membeli dua jenis minyak wangi kerana minyak wangi berbeza mengikut mata sebelah kanan dan kiri.
Kalau kita pergi ke klinik atau hospital kerana sakit mata, tak pernah bahagian farmasi bagi ubat untuk mata sebelah kiri sebotol, pastu ubat untuk mata sebelah kanan sebotol. Yang dia ni boleh cakap minyak wangi untuk mata kiri dan kanan adalah berbeza. Apa dia anggap bangsa Melayu ni 'lembu' ke yang ada otak tapi takleh berfikir???? Senang-senang je dia nak tipu, dan nak kencing kepala 'bangsa' dia sendiri.
Nak tak nak kita telah dikurniakan otak sebaik-baik kejadian, terpulang pada diri masing-masing untuk menggerakkannya atau tidak.
No comments:
Post a Comment