Pages

Monday 5 March 2012

Che'gu ke Cikalak???

Che'gu ke Cikalak???

Che'gu Man  yang poyo...

Dulu mereka gelakkan saya.
Sekarang saya gelak besar dengan mereka. hahaha

             Hahahahahaha.. Itu sajalah reaksi aku tengok video ni kat youtube. Memang tabik spring la kat mamat ni. Walaupun poyo tapi memang gentle tahap gila khinzir la. Dalam seribu, ada sorang je yang berani buat macam dia ni. Nama mamat ni Luqman bin Khalid. Pastu dia letak nama kat youtube Che'gu Man. 

             Entah betul tidak la dia ni Che'gu ataupun dia yang reka gelaran tu sendiri ataupun mungkin juga masa dia umur 5tahun dulu dia bercita-cita nak jadi che'gu tapi tak kesampaian. Pastu dia pun letak la kat youtube supaya orang panggil dia dengan gelaran tuh. Macam-macam kemungkinan. kui..kui...

             Walaupun aku enjoy dan gelak sampai terkentut-kentut , tapi kalau betul la saudara Man ni Che'gu, hentikanlah. Malu kat anak-anak murid. Baik fokus didik anak bangsa dari memalukan diri macam ni. Baik dapat anugerah che'gu terbaik kat sekolah dari dapat anugerah yang memalukan diri untuk jadi popular. Takleh bla...huhuhu..

              Banyak pulak masa dia ni nak wat video-video macam ni. Lagi satu yang aku terpikir. Sapa la mamat yang tukang rakam video dia ni. Mesti rakam sambil terkencing. Mana boleh tahan bro. Pakai kostum macam tuh, pastu duduk berjalan tepi pantai lagi, gi taman bunga lagi, huh....penat nak gelak bro. 

              Lebih baik guna masa lapang tuh untuk buat tuisyen ke, join pengakap ke, PBSM ke , atau join la aktiviti ping pong kat sekolah ke daripada buat kerja-kerja macam ni. Buat tuisyen dapat jugak duit tepi. Lagi mulia dari hodohkan diri, untuk buat orang gelak. Atau kata busuknya " MEMBUAT ORANG GELAK DENGAN KEBODOHAN DIRI " sory..

              Tahniah kepada Che'gu Man yang dah bersusah payah dan bertungkus lumus untuk menyiapkan video yang lahabau ni dan kredit pada kamera Man. Teringin nak tengok muka kameraman. Nanti senang-senang masuklah sekali dalam video.hahaha.. 

             Lagi satu, kalau ada nampak longkang besar ke, gaung ke, perigi ke. terjunlah dalam tuh. Buat video klip dalam tuh ok bro..

1 comment: